Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Thursday, August 22, 2013

Anjing Anjing Anjing



Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah realiti masyarakat ‘era baru' kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.

Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hari raya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam.

Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata, apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

Samakan dengan anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya semua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan.

Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man's best friend' namun jika kita berkata ‘you are like a dog' ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-'Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam benci anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran, Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka." (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat Yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir'.

Sementara dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu" (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing? Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut yang bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisab-Nya" (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah muslim memegang anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini.

Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah" (Riwayat al-Bukhari).

Memelihara anjing dalam rumah

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.

Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak penyelidikan yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing.

Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi Nabi SAW bersabda: "Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah" (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

ANJUING ANJING ANJING ANJING Baca dan fami .bukan baca je cari maklumat kalau bodoh,jgn tunjuk pandai kononya tahu hal hal Agama. Nanti ornag ketawan.bangsa lain pandang hina dekat kita, Jgn sampai org yg meminati islam kata Agama Islam menyusahkan!!!!!


DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! MAY BANK BERHAD : MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) JAMIL BIN ISMAIL ACCOUNT NO: 164016046536 For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD JKCR ANIMALS CARE ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2

Wednesday, August 14, 2013

Cats Food From Fb friends


 Jutaan terimakasih kepada kawan Fb yg tidak mahu di kenali di atas sumbangan makanan kucing basah ( Wet food) untuk kucing kucing jamil. mereka singah ke rumah tengahari tadi dalam perjalanan balik dari penang ke johor. semoga selamat dalam perjalanan.

Mmg ada bergambar dgn mereka tapi atas permintaan supaya tidak di paparkan jamil hormati. terimakasih banyak banyak.




DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! 

MAY BANK BERHAD : 
 MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) 
JAMIL BIN ISMAIL 
ACCOUNT NO: 164016046536 
For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) 

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
 JKCR ANIMALS CARE 
ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2

Chinese herba for Good health







DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! 

MAY BANK BERHAD : 
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) 
 JAMIL BIN ISMAIL 
ACCOUNT NO: 164016046536 
 For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) 

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 
JKCR ANIMALS CARE 
ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2

Orang Buang Kucing


Jamil berani cakap mesti orang buang depan rumah.tidak mai dari mana. baluik petang atdi dengar anak kucing mengeow. cari tak jumpa. parking skuter.kurung shaki cari lagi. rupa rupanya menyorok dalam lobang tikus. jamil berani cakap la yg campak ni mesti kawan Fb. ornag luar tak berani. kalau ya kedekut Rm 50/ sekali pun campak la dalam rumah , kalau kena langgar mampos dia ngokk. pakai otak bukan pakai kepala lutut.






DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! 


MAY BANK BERHAD : 
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) 
JAMIL BIN ISMAIL 
ACCOUNT NO: 164016046536 
 For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) 

 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
 JKCR ANIMALS CARE 
ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2

New Kids In The House


 Found sitting on the road. waiting for car to revers and lenyek.




DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! 

 MAY BANK BERHAD : 
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) 
JAMIL BIN ISMAIL 
ACCOUNT NO: 164016046536 
For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) 

 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 
JKCR ANIMALS CARE 
ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2

Thursday, August 8, 2013

Sumbangan Mariah Phalove Kari Dal ( Rakan fb )



 Menerima sumbangan tempat permainan kucingd ari seorang Rakan Fb




DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! MAY BANK BERHAD : MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) JAMIL BIN ISMAIL ACCOUNT NO: 164016046536 For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD JKCR ANIMALS CARE ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2

For My Chinese Friends

 

DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! 

MAY BANK BERHAD : 
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) 
 JAMIL BIN ISMAIL 
ACCOUNT NO: 164016046536 
For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) 

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 
JKCR ANIMALS CARE 
ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2

Sunday, August 4, 2013

Selamat Hariraya Aidilfitri



Kepada semua rakan rakan FB , blogs, pengunjung , peminat dna penyokong , rakan politik, rakan reformasi ,rakan –rakan animals lover , rakan tak berparti dan rakan rakan yang mengenali diri jamilkucing. Jamil dengan ini menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf zahir Bukan batin jika pernah terkasar bahasa , terkasar kata. atau ada kata kata jamil yg menguriskan hari anda.( Mesti ada kan. Hehehe ) semoga di hari yang mulia ini kita sama sama memulakan tahun yang baru.

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI.
Asslamaualaikum.
JamilKucing



Friday, August 2, 2013

Update Doggie Bushido Junior


Update anjing jenis Shiatzu yg orang buang depan rumah aku. aku bela sekarangd ah 2 bulan. alhamdullilah dia bertambah sihat. dan gemok. dan aku akan bela dia . kalaua da sesiapa nak bising tak kira MELAYU , MUFTI , TOK PETI, TO ADUN , TOK YG , TOK MENTERI aku nak cakaps atu je BOLEH BELAH LAH KO ORANG. Sebelum MANA MANA mufti atau tokoh agama NAK NASIHAT AKU . Tolong pergi nasihat sultan sultan atau mana mana menetri umno yg melanggar akidah islam. tu dahulu kalau betul betul jantan , betul betul pertahankan islam.
 Pergi cakap dekat mereka RASUAH tu haram. jgn buat .ia memalukan islam kepada bangsa lain, isteri iteri sultan dan isteri menteri tu suruh tutup kepala . tak payah dok tayang rambuh haprak tu haram memalukan islam kepada bangsa lain. kalau lah tokoh tokoh agama atau mufti doi malaysia ni berani. ka;lau tak berani so TOK SAH DOK MENYALAK MACAM ANJING!!!!!!!!


DONATION FOR ABANDONED ANIMALS!! 

MAY BANK BERHAD : 
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN) 
 JAMIL BIN ISMAIL 
ACCOUNT NO: 164016046536 
For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL) 

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 
JKCR ANIMALS CARE 
ACCOUNT NO : 12-122-01-000920-2