Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Monday, November 12, 2012

Selamatkans eekor anjing bersama Anggota Bomba




Seorang uncle yg tinggal tidak jauh dari rumah jamil datang ke rumah meminta tolong kepada jamil untuk menyelamatkan seekor anjing yg terjatuh ke dalam longkang dalam dan menyorok dalam trowong longkang itu , apabila jamil sampai ke sana anjing tersebut berada betul betul ke dalam trowong. tiada cara lain selain menghubungi anggota bomba .dan dalam masa 20 minit sebuah trak bomba datang dengan 6 ornag anggota dari balai bomba pandan indah.





Kami mencuba berbagai cara termasuk menembak dengan air agar dia keluar tetapi tidak berjaya. mengunakan tali yg panjang juga tidak berjaya. jamil fikir tiada cara lain lain melainkan masuk ke dalam trowong tersebut. salah seorang anggota bomba tersebut berkata kepada jamil ( BANG TU ANJING TU DALAM AIR PULAK. ) dan secara spontan jamil jawab ( JANGAN KATA ANJING BABI PUN SAYA MASUK SEBAB DIA HAIWAN ) sebaik jamil nak masuk salah seorang anggota bonba tersebut yg tak silap jamil orang sabah berkata kepada jamil ( BANG TAK PE SAYA MASUK ,SAYA LENGKAP SEMUA )



Jamil setuju sebab dia lengkap dgn sarung tangan tebal. dan baju kali air. dia pun merangkap masuk bersama dawai pengikat. dan terus keluar di bahagian lain. anjing tersebut yg ketakutan menjadi begitu aggresif sekali. akan tetapi akhirnya kami berjaya juga menyelamatkan anjing tersebut . jutaan terimakasih jamil kepada anggota - anggota bomba pandan indah

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home