Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Tuesday, November 29, 2011

Jutaan Terimakasih Perhilitan Terengganu..



Foto pertama ini di postkan oleh seorang kawan di fb beliau. jamil terjumpa. dan cuba mendapatkan maklumat.apabila maklumat yg jamil dapat menunjukan yg haiwan comel ini terinaya jamil terus memulakan gerak kerja untuk menyelamatkan.dari mula mendapatkan alamat, kedudukan di mana. kemudian jamil terus menghubungi KP Pengarah Perhilitan Tetengganu melalui email dan juga panggilan ke handphonenya .

Pada keesokannya KP En Yusoff Shariff telah menghubungi jamil begitu juga pegawai pegawainya untuk mendapat maklumat penuh kerana jamil berjanji untuk mendapatkan segala maklumat agar tindakan dapat di jalankan segera. dengan bantuan kawan yg mengambil foto pertama itu jamil mendapat maklumat alamat dna kedudukan anak comel ini.

KP En Yusoff Shariff dari mula sentiasa sms perkembangan sehinggalah tepat pukul 4.00ptg semalam jamil mendapat berita gembira anak comel ini telah diselamatkan .menitis airmataku. tidak. berhenti. jamil juga telah meminta KP En Yusoff Shariff menghantar foto foto terkini dna pagi ini beliau telah menghantarnya.

Jutaan terimakasih jamilkucing ucapkan kepada Perhilitan Terengganu terutamanya KP En Yusoff Shariff dan angota angota yg bertugas untuk operasi ini.jasa anda semua tidak akan jamil lupakan. di bawah ini email KP En Yusoff Shariff

......................................................................................................................................................

ASsalammualaikum w.r.t

Tuan

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatianan tuan tenang kes penginayaan pada seekor anak beruk di Kg Mak Jintan, Setiu Terenganu. Seperti yang saya maklumkan hasil maklumat yang tuan sampaikan anggota Jabatan PERHILITAN telah membuat siasatan dan akhirnya menemui beruk berkenaan. Tindakan sewajarnya telah diambil, dan anak beruk berkenaan telah dselamatkan dan diberi rawatan, dan kini ditempatkan sementara di sangkar penjagaan hidupan liar Pejabat PERHILITAN Kuala Berang. Keadaannya semakin pulih dan baik.

Bersama-sama ini saya attachkan gambar berkaitan sebagaimana yang tuan minta. Atas keprihatinan tuan kepada makhluk Allah ini saya doakan Allah swt akan memberi perlindungan kepada tuan pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah azza wajalla

sekian terima kasih

YUSOFF BIN SHARIFF
Pengarah
Jabatan PERHILITAN
Negeri Terengganu



If a homeless cat could talk, it would probably say, 'Give me shelter, food, companionship and love, and I will be yours for life!"

http://www.facebook.com/pages/Jamilkucing-Ppkskl-Selangor-Kuala-Lumpur/104454572976604?sk=wall

http://ppkskl.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home