Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Sunday, November 15, 2009

The Returan of Shakisadan and Shakindong


Baru-baru ini salah satu cermin tingkap bilik kucing jamil pecah.2 ekor kucing terlepas keluar. shakisadan dan shakindong , selalu jamil nampak mereka berkeliaran di sekitar taman . tapi bila nampak je skuter jamil atau jamil sendiri terus menyorok dan lari. dekat sebulan setengah mereka berdua jadi bohsia sekitar taman. tak nak balik rumah.kadang-kadang saja melepak depan rumah .
Hari ini dalam pukul 9.00 malam sebaik je jamil lepas menghabiskan makan malam jamil dengar kucing menggeow di bahagian hadapan rumah. jamil buat tak peduli sebab ingat kucing jiran merayap. lepas itu dengar berok betina jamil menjerit-jerit . jamil bangun ke hadapan tengok. nampak kucing jamil shakisadan duduk meniarap di sebelah skuter jamil. sambil mengeow. jamil panggil masuk tapi shakisadan tak bergerak. so jamil keluar.mula dia nak lari. jamil masuk
semula ambil seekor ikan goreng. jamil keluar semula dgn ikan goreng shakisadan datang
dekat.apa lagi jamil pun angkat dia masuk. beri makan.punya lapar sampai pelahap.

Bila siap jamil bagi mandi dettol , syampoo pastu masukan dalam satu kandang kosong biar dia ok dulu. lepas tu jamil keluar bilik kucing dan kemas meja makan. tengah kemas meja dengar berok betina jamil shaki menjerit lagi. mula ingat buat tak kisah je. tapi dia menjerit makin kuat. jamil ke hadapan lagi.tekejut sungguh tengok shakindong pula ada di luar rumah. mengeow. heran sungguh.mcm biasa ambil ikan shakindong datang dekat. angkat bawa ke bilik air mandikan dettol dan syampoo letakan sekandang dengan shakisadan.



Dekat sebulan lebih mereka hilang dari rumah . jadi bohsia. kotor , tau tau balik sama . selang setengah jam je. alhamdullilah mungkin rezeki jamil nak datang kot. itulah kucing tahu siapa yg menyayangi mereka. kucing tahu di mana tempat selamat,kucing tahu di mana manusia yang di jadikan allah baik terhadap haiwan tanpa hipocrite atau pretanding. binatang lebih memahami deri manusia.

Help me to help abandoned animals. but if you have HEART..

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home