Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Wednesday, September 2, 2009

shakima ( koma )

Kelmarin dalam pukul 12.30 malan sewaktu dalam perjalanan pulang dari puduraya.jamil melalui jalan ceras masuk ke jalan taman shamelin untuk pulang ke rumah.jalan yang jarang jamil lalu dan dah berbulan tak lalu jalan ni.entah kenapa hari itu hati tergerak nak lalu jalan tu.selepas stesyen lrt pandan jaya jamil ternampak seekor kucing dalam usia 1 tahun terbaring atas jalan. seperti biasa kalau kucing dah terbaring atas jalan tu sah le dah mati.dan seperti biasa jamil akan berhenti ambil bangkai kucing tu letakan tepi jalan atau bawa pulang bungkus dan tanam.
Jamil angkat kucing yg terbaring tadi dan letakan atas tempat kaki skuter ingat nak bawa balik tanam, memang dah layu dan longlai. sampai di rumah jamil buka pagar.sebaik jamil nak ambik skuter tengok-tengok kucing tadi bergerak.tekejut jamil.rupa-rupanya masih hidup. periksa tengok salah satu gigi siong nya telah tercucuk lidah di bahagian tengah. jamil cabutkan pelahan-pelahan .bawa masuk rumah bagi ubat ,sapukan minyak cap kaki tiga di atas kepala .baca sikit-sikit. dia masih hidup, bernafas makin kuat tapi tetap koma. tak bergerak. jamil bagi susu dengan mengunakan picagari. hari kedua dia masih macam koma tapi bila dukung dia dah mula mengeluarkan suara.cuma nampak sangat dia masih menahan sakit. jamil berdoa semoga kucing ini di panjangkan umur.
Tapi tu la jamil fikirkan kalau le jamil buat tak peduli biarkan kucing ni pasti hancur di langgar kereta. malah sewaktu jamil nak ambil di pun nyaris-nyaris sebuah kereta hampir melanggar. beerti kucing tu pengsan setelah di langgar motor atau kereta. jamil memang tak dapat bayangkan dia belum mati ,tapi terbaring atas jalan dengan mengharapkan di selamatkan. sebelum di langgar manusia keparat yg memandu. tapi apa pun ini semua ketentuan allah.allah yg menentukan jamil hari itu lalu jalan shamelin.

Sedih shakima hanya dapat bertahan seminggu je. jamil hanya suapkan die susu.mungkin kecederaan di dalam agaknya. boleh bunyi, boleh minum tapi tak boleh bergerak. jamil kuburkan di bawah pokok tepai sungai dekat rumah.

Help me with money not with words.buy thing using money not words. thank
jamilkucing

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home