Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Tuesday, April 14, 2009

Kucing cari sampai dalam masjid


Peristiwa hari ini betul betul membuat jamil insaf dan tawaduk dengan kuasa allah.seperti biasa hari jumaat jamil pergi bersembahyang jumaat dn jamil selalu duduk di tempat biasa.selepas solat sunat jamil duduk sambil menunggu imam membaca khutbah. sedang jamil relax selang 5 orang dari tempat jamil ada seorang melayu tua,tapi bersembahyang pakai t shirt dan treat sut. sedang duduh atas sejadah tapi terlelap sikit. seekor kucing yg capik lalu depan dia dan melintas atas sejadah dia. cepat-cepat dia menyentap sejadah dan menghalau kucing tersebut.jamil yg ternampak kejadian ini terus bangun mengambil kucing tersebut dan memberi amaran kepada si tua melayu celaka kalau jamil jumpa dia dekat luar memang kena penerajang.

Jamil ambil kucing tersebut dan membawa keluar masjid dan letakan di atas bangku di tempat letak kereta kira-kira 100 kaki. kemudian jamil masuk semula ke masjid. tak sampai 10 minit kucing tersebut masuk semula dan berbaring di sebelah jamil. memang jamil terkejut.jamil angkatsemula dan letakan di tempat yg sama. jamil masuk amsjid. dan duduk dengar khutbah.kucing tu datang balik.walaupun beratus orang kenapa dia datang balik dalam masjid dekat jamil. kenapa tak pergi ke orang lain. jamil angkat nak bawa ke luar ,tengok tengok salah
satu kakinya luka.supaya dia tidak masuk balik ke masjid jamil letakan dia dalam box skuter jamil tapi tak kunci.

Dalam perjalanan masuk semula ke masjid ada orang berkata kepada jamil ( hai dalam masjid pun kucing cari kau ) jamil senyum dan masuk ke masjid.lepas sembahyang jumaat jamil bawa kucing tu pulang,jamil mandikan dan ubatkan. dah mandi cantik,rupa-rupanya salah satu kukunya tercabut.patut la capik. tak pe lah kalau dia dah datang ke jamil so ambil le bela.

(I rescue abandoned animals (Cats) from the street. Now I have more than 100 over cats under my care and still growing up. I need your support by giving Donation. It will help me a lot to help more cats. You can bank in the money to my bank account at:


PUBLIC BANK:
PUBLIC BANK (Kuala Lumpur CITY MAIN OFFICE)
JAMIL BIN ISMAIL
ACCOUNT NO: 4-9419908-25
For oversea Donors Sort Code: (PBBEMYKL)

MAY BANK BERHAD;
MAY BANK (KUALA LUMPUR MAIN)
JAMIL BIN ISMAIL
ACCOUNT NO: 164016046536
For oversea Donors Sort Code: (MBBEMYKL)

0 Comments:

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home