Jk Shaki Jamilkucing tv

google.com, pub-0383258808248401, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Sunday, April 19, 2009

Anak kucing di langgar motosikal



Hari ini di bukit bintang dua pasangan dari luar negara dan seorang gadis cina datang ke tempat jamil di bukit bintang. gadis cina itu datang terus ke jamil dan berkata. ( en jamil can you help us.) die cakap pasangan orang luar negara ini terjumpa seekor anak kucing yg baru di langgar oleh sebuah motosikal di belakang sungai wang kira-kira 500 meter dari tempat jamil. jamil tengok isteri pasangan tersebut mendukung seekor kucing berusia dalam 6-7 bulan. mulutnya berlumuran darah.

Jamil memangku anak kucing tersebut untuk memeriksa,jamil dapati rahangnya di bahagian bawah telah patah.beberapa batang giginya telah patah.dengan bantuan perempuan pelancong itu jamil mengunakan penyepit dan mencabut gigi yang patah yang telah tercucuk rahangnya. bahagian pipi sebelah kiri nya telah mula membengkak. jamil meletak kan betadin supaya pendarahan berhenti. dan dalam bag memang ada tersedia. ubat tahan sakit. so jamil menyuntih 2 ml ubat tahan sakit. kemudian jamil bilas badanya dengan tuala basah.

Ada auntie cina di situ naik ke pusat masage nya di bahagian atas dan membawa sebuah kotak dan sehelai tuala. jamil selimutkan badan kucing itu dengan tuala lembap supaya badanya tidak panas kerena kebengkakan itu.kemudian letakan atas tuala kering dalam kotak itu.apabila di abwa balik. jamil mandikan dengan dettol dan syampoo. kemudian beri antibiotic dan multivitamin. masukkan dia dalam kandang. alham dullilah pendarahan telah tiada tetapi sebelah pipinya masih bengkak. sebelah matanya telah tertutup. pukul 12.00 malam bengkak itu mula beransur surut.

insyaallah semoga usianya di panjangkan. insyaallah.jamil namakan dia shakitar (sebab di hantar ) .

Renungan:

Kalaulah anak kucing ini di lihat oleh orang @#$%&* jamil berani jamin.dia akan di biarkan mati di situ.abis-abis pun hanya ambil dan letakan tepi jalan. nak kata ambik dan hantar ke jamilkucing tak mungkin berlaku.nasib baik anak kucing ini di langgar di depan bangsa lain .alhamdullilah terselamat lah dia. pengalaman...

Help me with money not with words.buy thing using money not words. thank
jamilkucing

1 Comments:

Blogger wanshinodasekinchan said...

tahniah bro..Ganjaran pahala utuk bro menanti..kucing bagi gua adalah sahabat sejati dan penenang minda time senang dan susah..

November 8, 2009 at 8:44 PM  

Post a Comment

You can leave comment.if good and ok i will publish it. if rude or bullshit arios kabaretos lambrados.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home